...RENUNG RENUNGKAN...

"Di antara rahmat Tuhan kepada hamba-Nya, Apabila dia selalu diuji dengan bala, Supaya hidup rasa bertuhannya, Agar dia mengharapkan pertolongan Tuhannya, Mengaku bersalah, mengaku berdosa kerana itulah dia dibala, Perasaan itulah yang Tuhan mahu kepada hamba-hamba-Nya..."

ARTIKEL CINTA

Saturday, February 27, 2010

TANDA2 YG KAMU MULA MENCINTAINYA



Bila dia hadir kamu buat buat macam tak nampak dia. Tapi bila dia tak ada kamu mula tercari cari di manakah dia. Itu bermakna kamu mula mencintainya!

Walaupun ada orang lain yang selalu buat anda ketawa dan gembira tapi fikiran dan hati anda tetap tertumpu untuk memikirkan dia, itu bermakna hati kamu mula mencintainya dan ingin dia sentiasa ada dgnmu.

Walaupun dia tidak pernah berjanji untuk menelifon kamu namun setiap kali hp anda berdering terdetik di hati kamu itu mungkin panggilan darinya,itu bermakna kamu mula mencintai dia.

Jika di suatu tempat yang di penuhi dengan kawan kawan kamu,sebaliknya kamu tercari cari kehadiran dia di situ walau ada berpuluh kawan kawan lain yang sedia menanti,itu bermakna dialah yang istimewa pada kamu dan kamu mula mencintainya.

Jika pada orang lain kamu boleh nyatakan yang kamu 'bz' dan tak boleh menjawab telefon tapi dengan dia kamu tak mampu untuk berkata demikian itu bermakna kamu mula mencintainya sepenuh hati kamu.

Jika dengan hanya sebaris ayat seperti 'Hai' atau 'Hello' yang anda terima melalui sms darinya mampu buat hati anda berbunga berbanding dengan 1000 sms lain,itu bermakna hati kamu sudah terpaut padanya.

Seandainya kamu tak mendelete sms sms darinya dan sering mengulang ulang membacanya kembali,itu tandanya kamu sudah mula mencintainya.

Seandainya kamu cuba untuk menipu perasaan kamu dan menyatakan "yang dia bukan siapa siapa,dan aku mampu bertahan tanpanya" tapi di ketika itu juga ingatan kamu semakin kuat terhadapnya,itu bermakna kamu jatuh cinta kepadanya dan rasa cinta itu semakin kuat.

Dan....Jika semasa kamu membaca artikel ini....dalam fikiran kamu terbayangkan seseorang..maka dialah orangnya yang kamu cintai...dan hati kamu telah benar benar jatuh cinta padanya....

Tak Mampu Membohongi Diri,


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails