...RENUNG RENUNGKAN...

"Di antara rahmat Tuhan kepada hamba-Nya, Apabila dia selalu diuji dengan bala, Supaya hidup rasa bertuhannya, Agar dia mengharapkan pertolongan Tuhannya, Mengaku bersalah, mengaku berdosa kerana itulah dia dibala, Perasaan itulah yang Tuhan mahu kepada hamba-hamba-Nya..."

ARTIKEL CINTA

Tuesday, April 29, 2008

PUISI CINTA ISTANA


PUISI CINTA ISTANA

Wahai sayang ku...!
Aku telah membeli sebuah istana untuk mu!

Lihatlah sayang….
Ditepian sana ada sebuah taman
Ada air pancuran
Engkau tentu gembira.

Maafkan aku sayang..!
Kerana telah menyakiti mu
dan aku merasa malu
di pancuran istana itu....
engkau boleh mencuci luka mu
Walaupun engkau dan aku sudah pun tahu
Bekas parutnya tidak pernah akan hilang
Sepuluh zaman dari sekarang!

Monday, April 28, 2008

IBU VS KEKASIH

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang..
aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau..
Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan.

Tapi Ibu sudah tiada. ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

***************************************************
P/S:Nurkilan ini aku jumpa di BLOG seorang teman...terasa tersentuh jiwa bila baca puisi ini....mungkin kerana aku ini wanita dan akan juga bergelar ibu satu hari nanti....Terima kasih buat ALBAKRI kerana mengizinkan hasil nurkilan indah ini berada di sini....

Sunday, April 27, 2008

CINTA & DERITA


Sayang...

Di bohongi itu sakit...
Di khianati itu sakit...
Di lukai itu sakit...
Di curangi itu sakit...
Di tinggalkan itu sakit....

Sayang...

Kalau kamu tak setia...lebih baik jgn bersama....
Kalau kamu tak setia...lebih baik jgn bercinta....
Kalau kamu tak setia...lebih baik lupakan saja...
Kalau kamu tak setia...lebih baik sendiri saja...

Sayang...

Cinta itu suci...kalau kamu tak nodainya....
Cinta itu indah...kalau kamu tak mula berdusta ...
Cinta itu mengasyikkan....kalau kamu tak curang padanya...
Cinta itu setia...kalau kamu tak khianatinya...

Jadi yang salah itu bukan cinta...
...yang salah itu kamu...
...yang curang itu kamu...
...yang khianat itu kamu....
...yang tidak setia itu kamu...

dan...yang MENDERITA itu hanya aku...


Monday, April 21, 2008

KUIZ CINTA

Hmm..baru baru ni terjumpa dengan KUIZ CINTA...menarik dan result nya ada jugak yang benar...tapi entah la..it depends to how you answer the quiz....yang pertama ni bayang kan keputusan yang lia dapat 7 DARI 10 LELAKI YANG MENGENALI LIA AKAN JATUH CINTA PADA LIA....hehehe...pada siapa yg kenal lia...pasti tahu,betul ke tak...!!!
fun quizzes and meme for blog

Kalau korang pun nak test berapa org yg akan jatuh cinta dgn korang dari pada 10 org...tak kira kalau korang lelaki pun boleh gak...begitu gak pompuan...KLIK la pada banner di atas...dan korang pasti tau jawapannya...!!

Untuk yang kedua ni,kuiz yang lia jawap tentang "SEX APPEAL"...macam mana ek nak explain dalam BM....kira penampilan yang "menggairahkan" la...eh ye ke...bunyi mcm tak best jer...wakakaka...apa pun korang tgok la keputusannya...!!

A soul from Venus with a sexual appeal 8.8 of 10.
Guys hold your breath...

Hahahaha...kelakar kan!!8.8 tuhh.....kira dahsyat gak la aku nih...wakakakaka...perasan nak mampos!!!Ni pun sama kalau korang nak tau ttg "SEX APPEAL"diri korang klik la kat banner atas tu.....GOOD LUCK!!

Yang ni its about MY ZODIAC...i'm a SCORPIO gurl...Tengok la apa keperibadian yang dia predict tentang lia...hehehe...rasanya 99% tepat...!!
fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 Quizzes - Fun Quiz

Extreamly adorable tuhhhh......wahahahah!Jangan jeles..."Very emotional and temperamental sometimes.."hehehehe mmg tepat sekali...!!!Attractive...wowieeeeeeee!!(tak abis perasan la gamaknya budak lia ni!)

Dan yang terakhir ni tentang zodiak...zidoak apa yang paling sesuai la kalau nak jadi life partner kita..hehehehe...Korang tgok la sendiri...malas nak cakap banyak..hahahah!



fun quizzes for myspace profile and blog

Kalau korang nak tau zodiak apa yang sesuai ngan korang korang klik la pada banner atas ni...ada banyak kuiz kuiz yang menarik untuk di cuba tentang diri masing masing!Try It Out!!

Saturday, April 19, 2008

AYAT POWER YANG TAK RELEVEN


Mahu tak mahu ini mmg topik panas…topik hangat…topik suam suam kuku yng akan lia bicarakan sebagai episode pertama dalam blog ini.Heheh… walau sebagai mana kuat pun org cuba menafikan kepentingan cinta dalam kehidupan maka semakin itu lah juga cinta itu jadi semakin perlu bagi individu itu sendiri…tak perlu di bahaskan memang semua orang tau yang cinta itu wujud dalam pelbagai bentuk seperti cinta pada kekasih,…cinta pada sahabat…pada kelaurga dan yang paling Agong cinta pada Yang Maha Pencipta….Namun perkara pokok yang nak aku kupaskan kat sini…Istilah cinta bagi penilaian diri aku sendiri..
Mungkin betul kalau orang kata “Cinta itu umpama makan sambal belacan/sambal udek,pedas menyengat sampai mengalirkan air mata…tetapi tetap dimakan juga…dan yang paling bagus lagi ada juga org yang langsung tak leh makan nasik kalau tak ada sambal belacan”…wahahahah…samalah juga dengan cinta…walau kesannya mendalam kalau terluka pasti tersiksa(semua org pun dah tau)tapi manusia mmg tak penah serik serik untuk bercinta juga..karena apabila cinta sudah singgah di hati..semuanya dirasakan begitu indah…hilang semua masalah(sebenarnya bukan nya ilang..mungkin akan tambah beberapa masalah lagi…wakakaka)dan ada juga orang yang tak leh hidup tanpa cinta(walaupun sebenarnya dia pun tau..cinta tak penah bagi dia makan…hiks!)
Ini beberapa istilah cinta(atau lebih di kenali sebagai AYAT POWER) yang sering kita dengar,dan pendapat aku ttg semua istilah tu…

1.”Cinta Tak Semestinya Memiliki”>>>>kalau bukan untuk buat suami/isteri wat apa bercinta ,buang karan jer.

2.”Aku cinta kamu.Wajahmu yang ayu menambat hatiku”>>>>kalau kejap lagi di takdirkan allah ambil semua nikmat kecantikan makanya lepasni ,nak ke lagi dia..cinta pun terbang melayang….adeh!

3.”Saya ni tak hensem/lawa,nak ke awak ngan saya!”>>>>ayat merendah diri paling skima yang aku pernah dgr.Adeh!Muka ensem/lawa nak di bawa sampai kemana?Tua nanti bekedut jugak semuanya.Tapi yang nak tergelaknya…yang muka lawa/hensem pun ada jugak pakai ayat skima ni…klakar betol…wakakaka!

4.”Kalau kamu nak mati,aku pun tak mau hidup lagi!”>>>>sumpah setia yang paling bodoh sekali!Dia nak mati biar dia mati…kita ni dah cukup iman ke nak ikut dia mati…ingat weh kat mak bapak kita yang dok mengharap pada kita,yang sayang sgt kat kita,yang berbudi pada kita…knapa nak sia sia kan nyawa kita kat org yang sanggup ambil nyawa sendiri…baik kita berkorban untuk keluarga,nusa dan bangsa!

5.”Tak ada duit pun tak apa…yang penting aku cinta kamu!”>>>>>aduh kok cinta nya kayak gtu…sedarlah semua yang cinta tak bubuhkan makanan kat dalam pinggan…walaupun tak lah bermakna kita perlu jadi materialistik…tapi memikirkan masa depan dan hidup yang baik itu kan tak salah…Nanti bila dah nikah…tiap tiap hari dok gadoh pasal tak cukup duit nak bayar itu ini…nak makan pakai…bahagia ke mcm tu..masa tu silap aribulan cinta pun melayang.

Untuk Episode ni cukup lah aku ulas 5 ajer…jadi diingatkan kalau dilamun cinta tu…nak ucapkan ayat ayat POWER tu pakai la otak sikit..masa bercinta dgr ayat tu mcmsedap jer…bila dah nikah cuba flashback balik…sure kelakar abih..boleh jadi bahan gelak anak cucu…wakakakaka!

CINTA OH! CINTA


CINTA~siapa yang tidak tau tentang cinta…kalau di tanya pada anak anak kecil pun dia tentu tahu apa itu cinta…cuma mungkin bagi anak itu tafsiran cintanya berbeza dgn apa yg kita org dewasa rasakan.Jika kamu hidup di dunia tapi tidak pernah merasakan cinta,itu bermakna hidup kamu sebenarnya kosong atau lebih tepat lagi kalau di katakan………… ITU BUKAN HIDUP YG SEBENARNYA…

Sebagai seorang makhluk tuhan didunia ni,CINTA sebenarnya datang dalam pelbagai bentuk dan rasa.Cinta pada keluarga,cinta pada saudara,cinta pada kawan kawan,cinta pada kekasih,cinta pada suami/isteri/anak anak dan cinta yg paling agong adalah CINTA pada yg MAHA PENCIPTA.

Walau apa pun tafsiran cinta yang cuba kamu ketengahkan ia tak akan dapat lari dari rasa BAHAGIA,TENANG,BIMBANG,MARAH,KECEWA dan 1001 perasaan lagi yg sukar di tafsirkan.Walau pun perkataan cinta itu hanya mempunyai LIMA huruf sahaja dan cukup pendek dan ringkas,tapi percayalah….tafsirannya amat luas, pengukurannya amat mendalam pengertiannya terlalu halus…..sehinggakan ada org yang jika di tanya tentang CINTA dia hanya TERDIAM …bukan kerana dia tidak tahu atau tidak memahami…tetapi kerana dia tidak pasti di mana harus dia bermula bercerita mengenainya.Yang pasti dalam CINTA itu ada mcm mcm…..kerana CINTA kita boleh jadi baik..kerana CINTA kita boleh jadi buruk….mengenal CINTA ada yg menemui jalan pulang dan dengan mengenal CINTA juga boleh buat kita terus sesat.

Dengan CINTA lahir zuriat zuriat comel yang akan meneraju masa depan…Dengan CINTA juga lahir anak anak yg tidak berdosa dan tidak diingini keluarga sendiri….Dengan CINTA berjuta juta nyawa dapat di selamatkan…dengan CINTA juga ada nyawa yang akan terkorban.CINTA itu kudus dan suci…tapi CINTA itu juga senjata yang paling berbahaya….Ramai yang berkata CINTA ITU BUTA tapi sebenarnya cinta itu tidak buta tapi orang orang yang terperangkap dalam CINTA yang buat cinta itu samar dari pengertian sebenar….CINTA…CINTA…CINTA…Kalau sudah cinta kaca pun di kata permata…Lembu pun di kata kuda…yang dia nampak semua yg indah indah saja…

  • Teruk sangat ke CINTA tu?
  • Indah sangat ke CINTA tu?
  • CINTA tu satu penyakit ke?
  • Ada apa sebenarnya dengan CINTA?

Meh..meh kita ramai ramai bincang dan kupas apa sebenarnya CINTA tu…saya amat mengalu alukan sebarang komen atau pandangan dari para pembaca .Kalau ada bahan tentang cinta juga ,korang semua boleh kongsi kat sini….MARI KITA KONGSI CERITA….TAPI BUKAN KONGSI CINTA..hehehe!

Related Posts with Thumbnails