...RENUNG RENUNGKAN...

"Di antara rahmat Tuhan kepada hamba-Nya, Apabila dia selalu diuji dengan bala, Supaya hidup rasa bertuhannya, Agar dia mengharapkan pertolongan Tuhannya, Mengaku bersalah, mengaku berdosa kerana itulah dia dibala, Perasaan itulah yang Tuhan mahu kepada hamba-hamba-Nya..."

ARTIKEL CINTA

Sunday, February 28, 2010

SAYANG,AKU TAK PASTI...


Sayang...
aku tak pasti...

siapa aku sebenarnya dlm hatimu,kerana kamu nampak selesa tanpaku..kamu bahagia tanpa kehadiranku...kamu ceria tanpa ku disisi...

aku tak pasti...

apakah aku masih kau perlukan...kerana kehadiranku buat kamu tidak tenang....kewujudan ku bagai orang asing yg tidak pernah kau kenali...kemunculan ku tidak memberi apa apa erti..

aku tak pasti...

adakah aku kekasihmu....kerana aku tak dilayan seperti seorang kekasih....langsung tiada komunikasi...bertanya khabar ..oh..jauh sekali...

apa yang aku pasti...

aku rindukan kemesraan seperti dulu,
aku rindukan gurau sendamu,
aku rindukan panggilan"syg" yg sering kau ucapkan dulu....

namun aku masih tak pasti....

kenapa semua tu boleh hilang sekelip mata...?
dan apakah aku perlu rasa bahagia atau derita dgn semua ini...?
berilah aku kepastian dlm teka teki ini...
kerna sejauh mana kau perlu ketenangan jiwa untuk meneruskan "perjalanan" mu ke sana jangan kau lupa yang aku juga perlu ketenangan jiwa untuk terus menantimu di sini....



Seandainya Kau Bisa Merasakan...

Saturday, February 27, 2010

ANDAI AKU JATUH CINTA...



Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pd seseorang,
yang melabuhkan cintanya pd Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintai Mu,

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut pada Mu,
agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dr hati Mu.

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yg merindui syahid di jalan Mu.


Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasihku,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir Mu.

Ya Allah,
jika aku jatuh hati pd kekasihku,
jgn biarkan aku bertatih dan terjatuh
dalam perjalanan pjg menyeru manusia kepada Mu.

Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasihku,
jgn biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pd cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada Mu.

Amin.


Ya Allah Bantulah Aku Mengenali Cinta,

TANDA2 YG KAMU MULA MENCINTAINYA



Bila dia hadir kamu buat buat macam tak nampak dia. Tapi bila dia tak ada kamu mula tercari cari di manakah dia. Itu bermakna kamu mula mencintainya!

Walaupun ada orang lain yang selalu buat anda ketawa dan gembira tapi fikiran dan hati anda tetap tertumpu untuk memikirkan dia, itu bermakna hati kamu mula mencintainya dan ingin dia sentiasa ada dgnmu.

Walaupun dia tidak pernah berjanji untuk menelifon kamu namun setiap kali hp anda berdering terdetik di hati kamu itu mungkin panggilan darinya,itu bermakna kamu mula mencintai dia.

Jika di suatu tempat yang di penuhi dengan kawan kawan kamu,sebaliknya kamu tercari cari kehadiran dia di situ walau ada berpuluh kawan kawan lain yang sedia menanti,itu bermakna dialah yang istimewa pada kamu dan kamu mula mencintainya.

Jika pada orang lain kamu boleh nyatakan yang kamu 'bz' dan tak boleh menjawab telefon tapi dengan dia kamu tak mampu untuk berkata demikian itu bermakna kamu mula mencintainya sepenuh hati kamu.

Jika dengan hanya sebaris ayat seperti 'Hai' atau 'Hello' yang anda terima melalui sms darinya mampu buat hati anda berbunga berbanding dengan 1000 sms lain,itu bermakna hati kamu sudah terpaut padanya.

Seandainya kamu tak mendelete sms sms darinya dan sering mengulang ulang membacanya kembali,itu tandanya kamu sudah mula mencintainya.

Seandainya kamu cuba untuk menipu perasaan kamu dan menyatakan "yang dia bukan siapa siapa,dan aku mampu bertahan tanpanya" tapi di ketika itu juga ingatan kamu semakin kuat terhadapnya,itu bermakna kamu jatuh cinta kepadanya dan rasa cinta itu semakin kuat.

Dan....Jika semasa kamu membaca artikel ini....dalam fikiran kamu terbayangkan seseorang..maka dialah orangnya yang kamu cintai...dan hati kamu telah benar benar jatuh cinta padanya....

Tak Mampu Membohongi Diri,


TAK PERNAH KU MENDUGA


Mungkin kita tak pernah terfikir atau menduga bahawa......

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi kita dan sanggup mati keranakita


2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi kita dalam beberapa cara.


3. Sebab utama seseorang membenci diri kita adalah kerana dia ingin menjadi seperti kita.


4. Senyuman daripadakita boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai kita.


5. Setiap malam ada seseorang mengingatikita sebelum dia tidur.


6.Kita amat bermakna dalam hidup seseorang.Kalau bukan kerana kita, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.


7. Seseorang yang tanpa kita sedar, sebenarnya menyayangi kita.


8.Sekiranyakita merasakan kita dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin kita yang meminggirkan mereka.


9.Kenangilah segala pujian yang kita terima untuk menyenangkan. Lupakan segala maki hamun, caci & cela yang mnguris hati & perasaan.


10. Jangan takut untuk meluahkan perasaan kita; kita akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

Ingin dicinta & mencinta,

PERSANAN BUAT YG BERNAMA INSAN


Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup?

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu?

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi?

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya?


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal?


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal??

Sementara Masih Ada Waktu...

Friday, January 23, 2009


Wanita itu tersenyum

Walaupun jiwanya terseksa

Kerana peristiwa itu

Walaupun hatinya luka berdarah

dan bernanah

Namun dia redha akan ketetapan Ilahi

Kerana manusia hanya mampu merancang

Sedangkan Allah penentu segala


Wanita itu masih lagi tersenyum

Biarpun luka di hatinya masih berdarah

Ingin diri ini membalut luka di hatinya

Namun masihkah ada ruang di hatinya

Kerna ku tahu

Amat sukar baginya untuk melupakan peristiwa itu


Aku hanya mampu berharap

Akan ada ruang untukku di hatinya

Walau hanya sekelumit

Walau hanya sebesar zarah

Kerana telah aku jadikan dirinya

pemilik singgahsana

Dalam hati ini

Cinta Dalam Hati,

Monday, January 5, 2009

PABILA SI LELAKI SUDAH JATUH CINTA....!!


Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan! kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnyakembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg palingdipercayainya dansanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlak! u curang kepada kekasihnyanamun jikalau dia diaberbuat demikian itu bererti hatinya belum 100peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmatahanya untuk seorangperempuan. HARGAILAH MEREKA..

Cintai aku seadanya wahai LELAKI...

Related Posts with Thumbnails