...RENUNG RENUNGKAN...

"Di antara rahmat Tuhan kepada hamba-Nya, Apabila dia selalu diuji dengan bala, Supaya hidup rasa bertuhannya, Agar dia mengharapkan pertolongan Tuhannya, Mengaku bersalah, mengaku berdosa kerana itulah dia dibala, Perasaan itulah yang Tuhan mahu kepada hamba-hamba-Nya..."

ARTIKEL CINTA

Friday, January 23, 2009


Wanita itu tersenyum

Walaupun jiwanya terseksa

Kerana peristiwa itu

Walaupun hatinya luka berdarah

dan bernanah

Namun dia redha akan ketetapan Ilahi

Kerana manusia hanya mampu merancang

Sedangkan Allah penentu segala


Wanita itu masih lagi tersenyum

Biarpun luka di hatinya masih berdarah

Ingin diri ini membalut luka di hatinya

Namun masihkah ada ruang di hatinya

Kerna ku tahu

Amat sukar baginya untuk melupakan peristiwa itu


Aku hanya mampu berharap

Akan ada ruang untukku di hatinya

Walau hanya sekelumit

Walau hanya sebesar zarah

Kerana telah aku jadikan dirinya

pemilik singgahsana

Dalam hati ini

Cinta Dalam Hati,

Monday, January 5, 2009

PABILA SI LELAKI SUDAH JATUH CINTA....!!


Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan! kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnyakembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg palingdipercayainya dansanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlak! u curang kepada kekasihnyanamun jikalau dia diaberbuat demikian itu bererti hatinya belum 100peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmatahanya untuk seorangperempuan. HARGAILAH MEREKA..

Cintai aku seadanya wahai LELAKI...

Friday, January 2, 2009

DICINTAI??ATAU MENCINTAI??

Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Ulasan: Anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan. Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan: Seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu, Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Ulasan: Hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia,maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja.

Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,"Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu,"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau diamana sahaja anda berada.

Ulasan: Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi. Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)
Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan.Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.

Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka

Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi)anda selamanya... "

Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya.

Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan... Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta... ... Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar; bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai...

Thursday, January 1, 2009

WANITA OH! WANITA


1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkhawin.


3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.


4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.


5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.


6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.


7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.


10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.


11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah khawin, dia hafal seluruh pertanyaan.


12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.


13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.


14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.


15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.


19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.


20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.


23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.


24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.


25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki
mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang
ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.


30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
Related Posts with Thumbnails