...RENUNG RENUNGKAN...

"Di antara rahmat Tuhan kepada hamba-Nya, Apabila dia selalu diuji dengan bala, Supaya hidup rasa bertuhannya, Agar dia mengharapkan pertolongan Tuhannya, Mengaku bersalah, mengaku berdosa kerana itulah dia dibala, Perasaan itulah yang Tuhan mahu kepada hamba-hamba-Nya..."

ARTIKEL CINTA

Saturday, April 19, 2008

CINTA OH! CINTA


CINTA~siapa yang tidak tau tentang cinta…kalau di tanya pada anak anak kecil pun dia tentu tahu apa itu cinta…cuma mungkin bagi anak itu tafsiran cintanya berbeza dgn apa yg kita org dewasa rasakan.Jika kamu hidup di dunia tapi tidak pernah merasakan cinta,itu bermakna hidup kamu sebenarnya kosong atau lebih tepat lagi kalau di katakan………… ITU BUKAN HIDUP YG SEBENARNYA…

Sebagai seorang makhluk tuhan didunia ni,CINTA sebenarnya datang dalam pelbagai bentuk dan rasa.Cinta pada keluarga,cinta pada saudara,cinta pada kawan kawan,cinta pada kekasih,cinta pada suami/isteri/anak anak dan cinta yg paling agong adalah CINTA pada yg MAHA PENCIPTA.

Walau apa pun tafsiran cinta yang cuba kamu ketengahkan ia tak akan dapat lari dari rasa BAHAGIA,TENANG,BIMBANG,MARAH,KECEWA dan 1001 perasaan lagi yg sukar di tafsirkan.Walau pun perkataan cinta itu hanya mempunyai LIMA huruf sahaja dan cukup pendek dan ringkas,tapi percayalah….tafsirannya amat luas, pengukurannya amat mendalam pengertiannya terlalu halus…..sehinggakan ada org yang jika di tanya tentang CINTA dia hanya TERDIAM …bukan kerana dia tidak tahu atau tidak memahami…tetapi kerana dia tidak pasti di mana harus dia bermula bercerita mengenainya.Yang pasti dalam CINTA itu ada mcm mcm…..kerana CINTA kita boleh jadi baik..kerana CINTA kita boleh jadi buruk….mengenal CINTA ada yg menemui jalan pulang dan dengan mengenal CINTA juga boleh buat kita terus sesat.

Dengan CINTA lahir zuriat zuriat comel yang akan meneraju masa depan…Dengan CINTA juga lahir anak anak yg tidak berdosa dan tidak diingini keluarga sendiri….Dengan CINTA berjuta juta nyawa dapat di selamatkan…dengan CINTA juga ada nyawa yang akan terkorban.CINTA itu kudus dan suci…tapi CINTA itu juga senjata yang paling berbahaya….Ramai yang berkata CINTA ITU BUTA tapi sebenarnya cinta itu tidak buta tapi orang orang yang terperangkap dalam CINTA yang buat cinta itu samar dari pengertian sebenar….CINTA…CINTA…CINTA…Kalau sudah cinta kaca pun di kata permata…Lembu pun di kata kuda…yang dia nampak semua yg indah indah saja…

  • Teruk sangat ke CINTA tu?
  • Indah sangat ke CINTA tu?
  • CINTA tu satu penyakit ke?
  • Ada apa sebenarnya dengan CINTA?

Meh..meh kita ramai ramai bincang dan kupas apa sebenarnya CINTA tu…saya amat mengalu alukan sebarang komen atau pandangan dari para pembaca .Kalau ada bahan tentang cinta juga ,korang semua boleh kongsi kat sini….MARI KITA KONGSI CERITA….TAPI BUKAN KONGSI CINTA..hehehe!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails