...RENUNG RENUNGKAN...

"Di antara rahmat Tuhan kepada hamba-Nya, Apabila dia selalu diuji dengan bala, Supaya hidup rasa bertuhannya, Agar dia mengharapkan pertolongan Tuhannya, Mengaku bersalah, mengaku berdosa kerana itulah dia dibala, Perasaan itulah yang Tuhan mahu kepada hamba-hamba-Nya..."

ARTIKEL CINTA

Wednesday, May 7, 2008

BENARKAH KAU SAYANG AKU...?

Benarkah kau sayang aku....?

Kalau benar kenapa setiap kali kita bertengkar hanya aku saja yang perlu mintak maaf dan mengaku kesalahanku dan memujuk mu kembali...walaupun sebenarnya kamu yang salah...

Benarkah kau sayang aku....?

Kalau benar kenapa setiap kali ulangtahun ku kamu tak pernah mengingatnya dan kalau pun teringat kamu hanya beri aku ucapan...hadiah?oh...jauh sekali...

Benarkah kau sayang aku....?

Kalau benar kau sayang aku kenapa setiap kali engkau sibuk dengan tugas tugasmu, kamu langsung terlupa tentang aku...takkan lah sampai untuk menaip dua tiga patah perkataan di sms untuk bertanya khabar pun dah jadi satu tugas payah buat mu...?

Benarkah kau sayang aku...?

Kalau benar kau sayang aku kenapa setiap kali kau telefon engkau beri alasan kredit kamu dah hampir habis..sedangkan masa kredit mu banyak kamu tak telefon aku pun...atau itu mungkin satu lasan untuk tidak berbual lama dengan ku....

Benarkah kau sayang aku....?

Kalau benar kau sayang aku kenapa setiap kali aku mengajak kamu untuk ke rumah org tuaku kamu menolak dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah...

Benarkah kau sayang aku...?

Kalau benar kau sayang aku kenapa setiap kali aku ingin bertemu orang tumu kamu katakan masanya belum sesuai....

Benarkah kau sayang aku...?

Kalau benar kau sayang aku kenapa setelah sekian lama kita bersama kamu tidak langsung pernah untuk berbicara tentang masa depan kita untuk hidup bersama secara serius....

Sekarang aku mula ragu ragu....benarkah kau sayang aku...?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails