...RENUNG RENUNGKAN...

"Di antara rahmat Tuhan kepada hamba-Nya, Apabila dia selalu diuji dengan bala, Supaya hidup rasa bertuhannya, Agar dia mengharapkan pertolongan Tuhannya, Mengaku bersalah, mengaku berdosa kerana itulah dia dibala, Perasaan itulah yang Tuhan mahu kepada hamba-hamba-Nya..."

ARTIKEL CINTA

Friday, October 24, 2008

HATI DAN PERASAAN


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis

Kenali Wanita Melalui Bulan Kelahiran




Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrolosi zaman silam, khususnya dalam masyarakat melayu kuno dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Rahsia Wanita Mengikut Bulan Kelahiran

Januari

- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

Febuari

- boleh di percayai, pandai buat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja tetapi suka bermain cinta

Mac

- ringgan tulang, mudah membantu, tiada bakat dalam perniagaan kecuali bimbingan. mudah tergoda pada lelaki, tak pandai menyimpan wang dan suka sendirian.

April

-Tabiat lekas naik darah, pertuturan keras dan kedekut

Mei

-Suka merendah diri,penyabar, suka meminta bantuan orang lain tiada bakat dalm perniagaan, manis pertuturan dan mudah dengan lelaki.

Jun

- banyak ilmu pengetahuan, ringgan tulang, hidup dalam kemewahan, perkahwinan tidak kekal, pernikan lebih sekali.

Julai

-Banyak pancarobahidup dan godaan, banyak perolehi rezeki

Ogos

-bernikah lebih dari sekali,berbakti pada suami, rezekinya pada suami dan rajin berusaha.

Setember

-Murahhati, tabah dalam dugaan serta mempunyai ramai anak

Oktober

-murah rezeki, keras hati dan mudah simpati

November

-rajin, pandai berbicara, mudahmenyeleweng, tidak menafaatkanharta pusaka

Disember

- rajin berusaha, lekas naik darah, kers hati, bila marah berapi-api, anaknya ramai lelaki dan murah rezeki

Friday, May 30, 2008

CINTA INI MEMBUNUHKU...


Lagu ini begitu meruntun jiwaku saat ini....
Sila tekan PLAY untuk mendengar dan sila STOP lagu yang di mainkan di dalam BLOG (yg berada di sidebar)sebelum memulakan lagu ini untuk mengelakkan overlapping.....
Di bawah ini adalah liriknya untuk kita sama sama hayati...



CINTA INI MEMBUNUHKU

Kau membuat, ku berantakan.
Kau membuat, ku tak karuan.
Kau membuat, ku tak berdaya.
Kau menolak ku, acuhkan diri ku.

Bagaimana, caranya untuk,
meruntuhkan, kerasnya hati mu.
Ku sadari, ku tak sempurna,
ku tak seperti, yang kau inginkan.

Kau hancurkan aku dengan sikap mu,
tak sadarkah kau telah menyakiti ku.
Lelah hati ini meyakinkan mu,
cinta ini, membunuh ku.

Woo... Hu~u... Haa...
Lelah hati ini meyakinkan mu,
cinta ini, membunuh ku.

Saturday, May 17, 2008

JIKA AKU JATUH CINTA...

Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu


Ya Muhaimin, Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana, Jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati, Jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya Allah, Jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu

Ya Allah, Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir.

Ya Allah, Jika aku jatuh hati pada kekasih-mu, jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya Allah, Jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya pada-Mu

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun pada cinta-Mu, telah berjumpa taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu

*********************************

Doa ini saya perolehi dari seorang teman....

Thanks Ahmad Ashkary Anuar...Love You!

Wednesday, May 14, 2008

WANITA PANTANG DGN LELAKI BEGINI..

Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, buka pintu, buat kopi,angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti boleh tolong buatkan kopi dan tolong buka pintu tu.

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata gurau pun tak boleh.

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka syok sendiri membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang buat dek terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!

*****************************************************

Bahan dari.....Tentang Cinta

Thursday, May 8, 2008

RAHSIA DI SEBALIK PELUK BANTAL


Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:


1) Memeluk Bantal
Mereka yg suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai
penghargaan yg tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan
mereka
halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yg boleh membaca
peristiwa
yg akan berlaku melalui mimpi. Mrk juga sgt prihatin terhadap
kesusilaan.


2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka
memerlukan banyak pendamping. Mrk jarang membuat keputusan sendiri,
sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mrk bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mrk
juga
membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mrk mempunyai sifat kurang baik. Mrk jarang bergaul dgn org ramai,
malah
kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mrk cenderung bersifat egois. Mrk
juga
gemar menempuh jalan pintas utk mencapai cita2. Mrk tdk suka berusaha.


5) Tidur tanpa Bantal
Mrk memiliki sifat percaya diri yg sangat tinggi. Kadangkala sifat
percaya
diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... pegi kedai belilah satu!!!!


err... . kalau suka peluk orang, apa lak makna nyer? heheheheheheh... ...



HANYA KERANA AKU TERLALU SAYANG ....

Hanya kerana aku terlalu sayang...

Aku terus di sini rela menanti mu dan berharap agar kamu kembali memanggil aku 'sayang' seperti waktu waktu dulu walau pun aku tau itu semua mustahil....

Hanya kerana aku terlalu sayang...

Berkali kali aku cuba yakinkan diri bahawa apa yang aku dengar dari mulutmu adalah satu pembohongan...walaupun kau telah pun menyatakan yang kau tidak memerlukan aku dalam hidupmu....

Hanya kerana aku terlalu sayang...

Aku masih yakin yang kau masih menyayangiku..walau jauh di sudut hati ku aku tau yg kau mungkin tak akan kembali....

Hanya kerana aku terlalu sayang...

Aku terus merinduimu .Setiap kali telefon berdering aku mengharapkan itu adalah panggilan darimu.....aku terlalu rindu kata kata manismu dan sms sms darimu....namun telefon itu terus saja kaku di situ....

Hanya kerana aku terlalu sayang...

Aku telah melenyapkan segala ego ku.Aku sanggup merendahkan maruahku untuk merayu kamu kembali kepadaku seperti rayu seorang anak yang kehilangan ibu....walau pun aku tau perkara itu buat aku nampak begitu bodoh di mata mu tapi semua itu aku lakukan kerana kamu, sayang....

Hanya kerana aku terlalu sayang...

Ku rela di cemuh teman teman kerana mereka menganggap aku terlalu lemah dan bodoh kerana terus mengharapkan mu yang tidak langsung tau menghargai cintaku....namun aku tak peduli semua itu.....

Haruskah aku derita kerana terlalu menyayangimu...
Haruskah aku terluka kerana terlalu menyayangimu...
Haruskah aku dihina kerana terlalu menyayangimu...

Aku redha kerana itu jalan yang aku pilih....Ya Allah, seandainya rasa cintaku yang terlalu terhadapnya adalah satu dosa, kau ampuni lah aku Ya Allah...kerana sesunggunhnya aku tidak mampu membuang perasaan itu terhadapnya.....Ya Allah..Aku terlalu sayang dia...
Related Posts with Thumbnails